Thursday, August 20, 2009

hati???


dlm diri setiap orang insan ade seketul daging.. jika elok daging itu maka eloklah insan itu.. daging itu adalah hati...


hati yang kosong haruslah kte isi dgn zikrullah yang berpnjangan.. setiap hari.. setiap mse.. setiap saat dan detik...



hati.. benci, rindu atau dendam..

dalam doa..
rindu ini menyerbu dikalbu...
saat jiwa ini cuba untuk menjauhi..
bayangan itu semakin menghampiri...
setiap hari... setiap ketika..
cuba aku hapuskan kisah suka dan duka...
nasihatnya.. keakrabannya...
ingatan ku makin menerokai kenangan yang ingin aku hapuskan..
aku semakin cuba membenci....
tapi... segalanya sia-sia..
diriku sendiri yang makin terluka..
hatiku terluka.. hati ku kecewa..
namun...
apa guna kecewa andai segalanya telah musnah didepan mata..
apa guna berduka andai itu telah tersurat segalanya...
tidak akan ku biar hatiku luka..
kerana luka itu membuatkan aku semakin lara...
lalai dan leka...
perjalanankua yang jauh...
terasa penat langkahan ini...
aku letih... tidak berdaya...
nafas ku bagai terhenti...

Ya Allah...
bagiku ruang untukku bernafas kembali..
berikan aku damai yang menyejukkan hati...
jangan biarkan dendam meracuni diri..
jangan biarkan aku menyimpan perasaan benci dihati...
bantulah aku untuk bangun berdiri...
bantulah aku untuk membina semangat membina diri...
teguhkan jiwaku untuk meneruskan kehidupan yang berliku ini..
teguhkan hatiku untuk membentuk ketulusan cinta hanya untuk-Mu Ilahi...


semoga diri ini sentiasa punyai hati yang mekar mewangi...
punyai nilai budi diri yang tinggi...
semoga lidahku sentiasa basah mengingati-Mu Ilahi...
tika sujudku hanya Engkau dihati....
Dalam tangisku.. Hanya rindu padaMu...
tenang hatiku pabila mendengar alunan suci...

semoga segalanya menjadi penawar hati...

No comments: