Friday, October 30, 2009

terkadang

Terkadang.. kisah hati ini menghibur..

Terkadang….. kisah jiwa ini sangat menyenangkan..

Ada kala… kisah hati ini mencuit perasaan...

Ada kala… kisah jiwa ini memberikan inspirasi…

Ada waktunya… hati ini sungguh bahagia..

Ada waktunya.. hati ini dibaluti rindu..

Ada ketika… jiwa ini dirundum sedih..

Ada ketika… hati ini akan berduka..

Kadang-kala… hati ini rasa sunyi..

Kadang-kala.. hati ini seakan sepi…

Ada saatnya.. hati ini tiba-tiba dilanda rasa kecewa..

Ada saatnya.. jiwa ini dipenuhi nafsu amarah yang bergelora..

Wahai hati.. biarpun apa orang mengata..

biar pun apa orang ingin cercai..

Sabarlah hati.. jangan nafsu merajai diri…

jangan biar terjatuh dalam bekam yang marak berapi..

jangan biarkan diri terbenam dalam hati yang sepi dan melalaikan diri..

sabarlah diri..

kuatkan hati.. penuhkan ia dengan zikir kepada Ilahi…

kerana ia penawar yang setia abadi..

juga doa sebagai senjata pelindung diri…

alunan Al-Quran sebagai hiasan sanubari…

menyejukkan hati dan jiwa yang bergelora kini

Saturday, October 10, 2009

bahagia dlm hidup???

Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam sperigi.
Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam, sementara si petani
memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, petani itu memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga
perlu ditimbus (kerana berbahaya); jadi tidaklah berguna untuk menolong
sang keldai. Dia mengajak jiran tetangganya untuk datang membantunya.
Mereka membawa peralatan dan mulai menimbus tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika sang keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia
menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana sang
keldai menjadi diam. Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam
perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihat apa yang
berlaku.

Walaupun punggung keldai itu terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan
kotoran, sang keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Sang keldai
menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun
ke bawah, lalu dia menaiki tanah itu.

Sementara jiran tetangga si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke
atas punggung haiwan itu, sang keldai terus juga mengoncangkan badannya dan
melangkah naik. Tidak lama kemudian, semua orang terpesona ketika sang
keldai meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri !

Kisah ini mengumpamakan bahawa kehidupan terus saja menuangkan tanah dan
kotoran kepadamu, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari
'perigi' ( kesedihan, masalah, dan sebagainya ) adalah dengan
menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita ( fikiran dan hati
kita ) dan melangkah naik dari 'perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut
sebagai pijakan.

Setiap masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat
keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah
menyerah ! ( never give up ! )

Goncangkanlah perkara negatif yang menimpa dan melangkahlah naik!!!
Ingatlah perkara yang boleh diamalkan untuk memperoleh kebahagiaan :
1. Bebaskan dirimu daripada kebencian
2. Bebaskanlah fikiranmu daripada kecemasan
3. Hiduplah sederhana
4. Berilah lebih banyak
5. Berharaplah lebih sedikit
6. Tersenyumlah

Seseorang telah mengirimkan perkara ini untuk kufikirkan, maka aku
meneruskannya kepadamu dengan maksud yang sama. GONGCANGKANLAH!!!

" Entah ini adalah waktu kita yang terbaik atau waktu kita yang terburuk,
inilah satu-satunya waktu yang kita miliki saat ini! "

"Tangan dihulur, budi ditabur, bakti disubur..."
Wassalam...

Sunday, October 4, 2009

ayah yang paling penyayang n memahami di dunia... ayahku la... En. Abdul Aziz
ibu yang paling hebat n muslimah sejati ibuku la...
adik yang paling comel tentulah adik ku jua... aini azmira
c kembar yang paling hot n hensem.. adik ku yang kembar la...azwan n azman
abang yang paling sporting n memahami.. tentulah abang tam aku... azharul abidin
akak yang paling caring n tegas walaupun garang.. tentulah juga kakak ku k.teh... ainizah
n... abang yang paling garang tp berjiwa muda tentulah abang long ku.... azwaruddin
akak ipar yang paling best plak.. akak iparku norazira..
anak buah yang paling nakal tentunya anak sedare sulongku.. nazreen syafia
anak sedare yang cute n ske senyum plak... si comel... nazreez syafiq...
inilah keluarga ku..
n.. diriku pula..... RAHSIA!!!!!.. hahaha....

duka, sedih kerana menggapai cinta Abadi

04 oktober 2009/ 1.58 p.m

duka, sedih kerana menggapai cinta Abadi

Hari ini..

Aku bersedih kembali..

Duka itu bertandang kembali..

Knapa aku harus begini?????

Aku xmampu..

Rindu dan memori yang telah kukunci

didalam kamus mental..

Kini meneroka kembali ke ruang kecil minda ku ini…

Puas kubendung air mata pilu ini..

Terasa dendam terhadap diri itu…

Bukan kesumat atau kata benci..

Tetapi.. kerana rindu yang datang membuatkan aku terasa mengkhianati diri…

Mengkhianati janji akhirku…

Aku xbisa mencintainya lagi…

Menyanyanginya…

Menitipkan kata-kata setia…

Aku xmampu… aku xmampu…

Kerana dahulu..

Aku pernah berjanji..

Tiada harapan kasih atau rindu..

Tidak akan aku ungkaikan kata-kata cinta..

Aku berharap agar tangkai hatiku ini tertutup untuk mencintai insan bernama lelaki..

Aku xmampu…

Kerna diriku..

Diriku punyai hati yang cukup takut tercucuk duri yang punyai bisa yang tajam..

Terhunus mata pedang lidah yang sangat menyayatkan… menjadikan hatiku rawan tersiksa..

Dek kelukaan dan keracunan..

Biarlah cintaku hanya pada yang Satu..

Biar cintaku hanya pada yang meRahmati…

Biarlah cintaku menjadi cinta abadi…

Kepada Dia cinta agung dan ukhrawi…