Saturday, October 10, 2009

bahagia dlm hidup???

Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam sperigi.
Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam, sementara si petani
memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, petani itu memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga
perlu ditimbus (kerana berbahaya); jadi tidaklah berguna untuk menolong
sang keldai. Dia mengajak jiran tetangganya untuk datang membantunya.
Mereka membawa peralatan dan mulai menimbus tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika sang keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia
menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana sang
keldai menjadi diam. Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam
perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihat apa yang
berlaku.

Walaupun punggung keldai itu terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan
kotoran, sang keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Sang keldai
menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun
ke bawah, lalu dia menaiki tanah itu.

Sementara jiran tetangga si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke
atas punggung haiwan itu, sang keldai terus juga mengoncangkan badannya dan
melangkah naik. Tidak lama kemudian, semua orang terpesona ketika sang
keldai meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri !

Kisah ini mengumpamakan bahawa kehidupan terus saja menuangkan tanah dan
kotoran kepadamu, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari
'perigi' ( kesedihan, masalah, dan sebagainya ) adalah dengan
menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita ( fikiran dan hati
kita ) dan melangkah naik dari 'perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut
sebagai pijakan.

Setiap masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat
keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah
menyerah ! ( never give up ! )

Goncangkanlah perkara negatif yang menimpa dan melangkahlah naik!!!
Ingatlah perkara yang boleh diamalkan untuk memperoleh kebahagiaan :
1. Bebaskan dirimu daripada kebencian
2. Bebaskanlah fikiranmu daripada kecemasan
3. Hiduplah sederhana
4. Berilah lebih banyak
5. Berharaplah lebih sedikit
6. Tersenyumlah

Seseorang telah mengirimkan perkara ini untuk kufikirkan, maka aku
meneruskannya kepadamu dengan maksud yang sama. GONGCANGKANLAH!!!

" Entah ini adalah waktu kita yang terbaik atau waktu kita yang terburuk,
inilah satu-satunya waktu yang kita miliki saat ini! "

"Tangan dihulur, budi ditabur, bakti disubur..."
Wassalam...

No comments: